[Video] “Jarang Artis Update Masak, Selalu Shopping Je…” -Masak Ketika Bercuti Di Paris, Peminat Puji Eina Azman Rajin!

Jika bercuti pasti ramai memilih untuk menikmati dan merasai makanan yang berbeza di negara asing bukan? Namun tidak bagi Datin Paduka Eina Azman apabila pelakon berkenaan lebih memilih memasak sendiri untuk keluarga kecilnya.


Terkenal kerana gemar memasak, Datin Paduka sebenarnya kerap memuat naik video resepi masakannya di laman Instagram. Biasanya wanita berusia 23 tahun ini ditemani dan dibantu pembantu rumahnya.

Bahkan ketika melancong di Paris beberapa hari ini, Eina turut memasak beberapa resepi seperti sambal sardin, nasi goreng ayam kunyit belacan, ayam masak kicap dan pengat ubi.

Rata-rata memuji pelakon berkenaan kerana pandai memasak, selain menjaga makan dan minum keluarganya biarpun di luar negara.

Jom kita tengok video yang dimuat naik oleh Eina. Wahh nampak sedap bukan?

sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *